Tentang Kami
GABUNGAN WARISAN & KONTEMPORARI MEWAH
Tombol meraikan tradisi tempatan, inspirasi daripada warisan Malaysia dan direka dengan unsur kontemporari. Konsep moden yang anggun dan sesuai dengan budaya kita ternyata berbeza di setiap koleksi barangan kemas kami.
Setiap koleksi kami diukir dengan terperinci dan teliti bagi membangkitkan simbol kemewahan. Koleksi ini terdiri daripada aksesori melayu seperti Butang Baju Melayu dan kerongsang yang boleh digayakan bersama selendang atau dijadikan pin tudung hijab anda.


KELAINAN DENGAN KEANGGUNAN
Di Tombol, setiap koleksi kami menampilkan tema dengan rekaan unik yang anggun dengan gaya dan jiwa si pemakai. Tak kira sama ada klasik atau kontemporari, setiap satu diukir indah dan menjadi karya teragung kami yang selari dengan gaya terkini.
Bagi memberikan pengalaman terbaik buat si pemakai yang menggayakan set Tombol, kami amat komited dalam memberikan servis dan kualiti terbaik dengan nilai intrinsik agar terus maju.