Rekaan Kami
GABUNGAN CETUSAN KREATIVITI DAN INSPIRASI
Reka bentuk koleksi Tombol yang elegan dengan gaya kontemporari ini melalui pelbagai ujian bagi memastikan standard berkualiti tinggi, di mana ia direka menggunakan bahan berkualiti, dihiasi permata menawan yang dibuat khas dari Malaysia dan dihasilkan menggunakan teknik kepakaran seni kraf profesional.


REKA BENTUK KONTEMPORARI MODEN
Tema rekaan koleksi Tombol dihasilkan dengan ketelitian di setiap kajian budaya dan tradisi Malaysia. Ianya jelas disusun semula bagi menyesuaikan koleksi dan kajian kami dengan gaya hidup kontemporari yang menjadikannya lebih menonjol berbanding yang lain.
Rekaan tersendiri dengan konsep minimalis ini menampilkan perincian yang menggabungkan elemen garisan berunsur geometri bersama elemen grafik dan disesuaikan pilihan batu permata bagi menaikkan lagi warna koleksi kami. Bagi menyempurnakan pakaian terbaik anda, di setiap bahagian belakang koleksi Butang Baju Melayu yang menyerupai bentuk mahkota berlian yang elegen ini diukir dengan ukiran “T”, simbolik logo Tombol kami.
BAHAN PREMIUM & KHASIAT PREMIUM
Dihasilkan menggunakan paladium perak, koleksi barangan kemas dan aksesori Tombol yang elegan ini menghasilkan daya tarikan mewah apabila digabung bersama batu permata atau mutiara yang terkenal di setiap koleksi Tombol.
Paladium perak yang dihasilkan melalui sejenis aloi campuran perak, paladium dan logam berharga ini lebih ringan dan tahan lasak berbanding perak tulen. Logam yang selamat digunakan tanpa menimbulkan sebarang alahan ini menjadi pilihan kerana kualiti yang unik serta menaikkan gaya si pemakai yang inginkan gaya mewah kontemporari dengan harga yang berpatutan.


SENI KRAF TIADA TANDINGAN
Bagi menghasilkan koleksi seni kraf diperhalus dengan kreativiti yang kompleks, Tombol membawa sekumpulan pakar berpengalaman dalam bidang hiasan barangan kemas yang terdiri daripada pakar kraf, pereka CADCAM, penggilap barang kemas dan pakar permata. Pakar- pakar ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan koleksi dengan gaya moden mewah yang bermula dari lakaran, pembuatan, pemeriksaan kualiti hingga ke perincian terakhir.